Menurut laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA), dilaporkan dari lamam web “Alwiam”, para pekerja hospital ini berkata bahawa mereka menemui beberapa helai dari muka surat Quran didalam tandas hospital ini.
Salah seorang pekerja hospital berkata: “ Pada mulanya kami menjumpai sehelai dari muka surat Al-Quran didalam tandas, kemudian setelah kami membuka salurannya kami menjumpai beberapa helaian lagi didalamnya, dan tanpa membuang masa kami melaporkan kejadian ini kepada ketua pentadbiran hospital, dan pihak pentadbiran juga telah melaporkannya kepada pihak yang sepatutnya.
Didalam laporan yang lain juga menunjukkan bahawa lembaga amar dan makruk Arab Saudi yang dikenali dengan polis agama telah mamulakan siasatan semalam setelah mendapat aduan tentang kejadian ini.
Memandang kepada kepentingan ada kesucian Al-Quran pada masyarakat Islam, para pegawai Arab Saudi sepatutnya menunjukkan kesungguhan tindak balas yang sepatutnya terhahap kejadian ini, dan tidak sepatutnya membenarkan penghinaan terhadap Al-Quran terjadi dengan sewenang-wenangnya didalam negara yang mendakwa mempertahankan Islam.
Nota: Sebelum ini juga, pegawai-pegawai penjara Al-Hair, Arab Saudi, hanya untuk menaikkan kemarahan tahanan, mereka telah melempar dan memijak-mijak Al-Quran dengan niat untuk menghina.
1229584